Monday, 14 October 2013

RPH Bahasa Malaysia Tahun 3

RPH Bahasa Malaysia Tahun 3

Mata Pelajaran                 :              Bahasa Malaysia
Kelas                                   :              3 Dinamik
Tema                                  :              2 Keselamatan
Tajuk                                   :              Berwaspada Selalu
Standard Kandungan       :              3.2  Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara
                                                           mekanis dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran  :              3.2.6 Menulis ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas.
Kemahiran Literasi           :              6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Objektif Pembelajaran    :              Murid berkeupayaan untuk:

Menguasai                        :              1. Menulis dan menyusun perkataan menjadi ayat majmuk dengan
                                                               betul dan kemas.
Tidak Menguasai              :              1. Menyusun dan menulis ayat majmuk berpandukan gambar dan
                                                                perkataan.
Elemen Merentas Kurikulum:       Ilmu – Sains dan Pendidikan Kesihatan
Nilai Murni                               :       Menjaga keselamatan, bekerjasama dan bersyukur.
BBB/Media                               :       Pelbagai alatan maujud { gunting, garpu, gelas, botol plastik,
                                                           mangkuk plastik
Pentaksiran                             :        B3 TD1 E1
                                                           Membina dan menulis pelbagai jenis ayat.





Langkah
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
Cadangan masa:
{ 5 minit)
·        Menayangkan slaid dan menyanyi -  lagu I’m For U.
·        Guru menunjukkan sebuah kotak yang mengandungi objek di dalamnya.
·        Guru menggoncang kotak tersebut hingga berbunyi.
·        Murid diminta mendengar bunyi tersebut dan meneka objek di dalamnya.
·        Beberapa orang murid diminta mengeluarkan objek-objek di dalam kotak dan menunjukkan kepada kelas satu persatu.
·        Semua murid diminta memerhati dan mengelas objek-objek tersebut kepada dua kumpulan iaitu objek yang selamat dan tidak selamat.
BBB: 
Slaid lagu dan lirik.
Pelbagai alatan maujud { gunting, garpu, gelas, botol plastik,
mangkuk plastik)

Teknik:
Soal jawab
Langkah 1
Cadangan masa
( 10 minit )
·        Murid dibimbing membaca lembaran petikan yang diedarkan oleh guru dengan nada dan intonasi yang betul.
·        Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara kelas dan individu.
·        Guru bersoal jawab dengan murid tentang petikan yang telah dibaca.
·        Murid dipilih secara rawak untuk membaca dan menulis perkataan yang berwarna merah dalam petikan.

{Keutamaan kepada kumpulan murid yang Tidak 
  Menguasai}
BBB:
Petikan

Teknik:
Soal jawab, tunjuk cara
Langkah 2
Cadangan masa
( 20 minit )
·        Murid diminta mengenalpasti dan menggariskan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.
·        Murid dipilih secara rawak untuk membacakan ayat majmuk yang telah dikenalpasti.
·        Guru mempamerkan ayat majmuk yang betul dalam bentuk kad imbasan di papan tulis.
·        Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
·         Setiap kumpulan diberikan sampul surat yang mengandungi kad-kad perkataan dan gambar.
·        Murid diminta menyusun kad-kad dan gambar-gambar tersebut supaya menjadi ayat majmuk yang betul.
·        Wakil setiap kumpulan diminta menulis semula ayat majmuk yang dibina di papan tulis.
·        Murid menyusun kad-kad perkataan yang disebut oleh guru untuk membina ayat majmuk yang betul.
{ keutamaan kepada murid yang tidak menguasai}

BBB:
Kad perkataan

Tatabahasa:
Kata kerja, kata hubung, tanda baca.

Contoh:
dan, sambil, atau
Langkah 3
Cadangan masa
( 20 minit )
·        Guru menayangkan slaid power point sebagai aktiviti menguji kefahaman murid.
·        Guru mengedarkan lembaran kerja berdasarkan keperluan dan kemahiran murid.



               Murid yang tidak menguasai
·        Murid membina ayat majmuk dengan berpandukan bahan rangsangan.
Murid yang telah menguasai
·        Murid menyusun dan menulis perkataan semula dengan betul menjadi ayat majmuk menggunakan kata hubung
·        Murid membina dan menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas menggunakan kata hubung.


Penutup
Cadangan masa
( 5 minit }
·        Murid menyanyikan rangkaian lagu bersama guru berdasarkan lirik lagu yang dilekatkan di papan tulis.
Nilai Murni
Menjaga keselamatan




No comments:

Post a Comment