TIGA SERANGKAI
Monday, 14 October 2013
Lembaran Kerja
Nama: Kelas:
Arahan:Susun
perkataan supaya menjadi ayat majmuk yang betul.
1.
|
dan
|
pergi
|
pejabat
|
Ibu
|
Mak cik
|
ke
|
2.
|
berenang
|
Natalie
|
di
|
hendak
|
kolam
|
tetapi
|
membenarkan
|
tidak
|
3.
|
e-mail
|
tidak
|
menghantar
|
Adam
|
dapat
|
kerana
|
rosak
|
komputernya
|
4.
|
sekolah
|
kerja
|
Xiao Ming
|
sambil
|
radio
|
mendengar
|
membuat
|
5.
|
Muthu
|
dalam
|
wang
|
ke
|
menekan
|
lalu
|
butang
|
memasukkan
|
RPH Bahasa Malaysia Tahun 3
RPH Bahasa Malaysia Tahun 3
Mata Pelajaran : Bahasa
Malaysia
Kelas : 3 Dinamik
Tema : 2 Keselamatan
Tajuk : Berwaspada Selalu
Standard Kandungan : 3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat secara
mekanis
dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran : 3.2.6
Menulis ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas.
Kemahiran Literasi : 6.6
Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Objektif Pembelajaran : Murid
berkeupayaan untuk:
Menguasai : 1. Menulis dan menyusun perkataan
menjadi ayat majmuk dengan
betul dan kemas.
Tidak Menguasai : 1.
Menyusun dan menulis ayat majmuk berpandukan gambar dan
perkataan.
Elemen Merentas Kurikulum: Ilmu – Sains dan Pendidikan Kesihatan
Nilai Murni : Menjaga
keselamatan, bekerjasama dan bersyukur.
BBB/Media : Pelbagai
alatan maujud { gunting, garpu, gelas, botol plastik,
mangkuk
plastik
Pentaksiran : B3
TD1 E1
Membina
dan menulis pelbagai jenis ayat.
Langkah
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
Cadangan masa:
{ 5 minit)
|
·
Menayangkan
slaid dan menyanyi - lagu I’m For U.
·
Guru
menunjukkan sebuah kotak yang mengandungi objek di dalamnya.
·
Guru
menggoncang kotak tersebut hingga berbunyi.
·
Murid
diminta mendengar bunyi tersebut dan meneka objek di dalamnya.
·
Beberapa
orang murid diminta mengeluarkan objek-objek di dalam kotak dan menunjukkan
kepada kelas satu persatu.
·
Semua
murid diminta memerhati dan mengelas objek-objek tersebut kepada dua kumpulan
iaitu objek yang selamat dan tidak selamat.
|
BBB:
Slaid lagu dan lirik.
Pelbagai alatan maujud { gunting, garpu, gelas,
botol plastik,
mangkuk plastik)
Teknik:
Soal jawab
|
Langkah 1
Cadangan masa
( 10 minit )
|
·
Murid
dibimbing membaca lembaran petikan yang diedarkan oleh guru dengan nada dan
intonasi yang betul.
·
Murid
membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara kelas dan
individu.
·
Guru
bersoal jawab dengan murid tentang petikan yang telah dibaca.
·
Murid
dipilih secara rawak untuk membaca dan menulis perkataan yang berwarna merah
dalam petikan.
{Keutamaan kepada kumpulan murid yang
Tidak
Menguasai}
|
BBB:
Petikan
Teknik:
Soal jawab, tunjuk cara
|
Langkah 2
Cadangan masa
( 20 minit )
|
·
Murid
diminta mengenalpasti dan menggariskan ayat majmuk yang terdapat dalam
petikan.
·
Murid
dipilih secara rawak untuk membacakan ayat majmuk yang telah dikenalpasti.
·
Guru
mempamerkan ayat majmuk yang betul dalam bentuk kad imbasan di papan tulis.
·
Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
·
Setiap kumpulan diberikan sampul surat yang
mengandungi kad-kad perkataan dan gambar.
·
Murid
diminta menyusun kad-kad dan gambar-gambar tersebut supaya menjadi ayat
majmuk yang betul.
·
Wakil
setiap kumpulan diminta menulis semula ayat majmuk yang dibina di papan
tulis.
·
Murid
menyusun kad-kad perkataan yang disebut oleh guru untuk membina ayat majmuk
yang betul.
{ keutamaan
kepada murid yang tidak menguasai}
|
BBB:
Kad perkataan
Tatabahasa:
Kata kerja, kata hubung, tanda baca.
Contoh:
dan, sambil, atau
|
Langkah 3
Cadangan masa
( 20 minit )
|
·
Guru
menayangkan slaid power point sebagai aktiviti menguji kefahaman murid.
·
Guru
mengedarkan lembaran kerja berdasarkan keperluan dan kemahiran murid.
Murid yang tidak menguasai
·
Murid
membina ayat majmuk dengan berpandukan bahan rangsangan.
Murid yang
telah menguasai
·
Murid
menyusun dan menulis perkataan semula dengan betul menjadi ayat majmuk
menggunakan kata hubung
·
Murid
membina dan menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas menggunakan kata
hubung.
|
|
Penutup
Cadangan masa
( 5 minit }
|
·
Murid
menyanyikan rangkaian lagu bersama guru berdasarkan lirik lagu yang
dilekatkan di papan tulis.
|
Nilai Murni
Menjaga keselamatan
|
Subscribe to:
Posts (Atom)